Monday 7 January 2013

Rokok Elektronik Untuk Perokok Yang Ingin Berjimat



Rokok Elektronik Untuk Perokok Yang Ingin Berjimat | Asap rokok membuatkan kita berasa rimas apabila berdepan dengan perokok. Itu baru asap rokok, bau nafas mulut pasti membuat kita ingin berjauh sikit apabila berbual dengan perokok.

SA bukan seorang perokok, jadi jika bertemu dengan kawan perokok, SA pastikan ada ruang untuk mengelak asap rokok. Tapi kali ini agak menarik sedikit, dimana trend terbaru perokok untuk menjimatkan wang mereka menghisap rokok elektronik.

Rokok elektronik mengandungi cecair yang pelbagai perisa buahan dan mempunyai bateri bagi membakar cecair tersebut. Terdapat beberapa bentuk rokok elektronik milik kawan yang SA sempat Ambil gambar.

Rokok Elektronik Ini Murah kerana saiz kecil.
Rokok Elektronik ini pula mahal sedikit.
Rokok elektronik ini mahal. Boleh cas handphone coz de sambungan USB pada bawahnya.

Asap yang terhasil dari mulut perokok berbau harum mengikut cecair yang digunakan. Cecair kebanyakan perisa buahan sahaja (perisa durian tak de k).

Walaupun ianya merupakan rokok elektronik, ianya bagus untuk membantu perokok yang ingin berhenti merokok secara pelahan - lahan. Bagi yang tidak merokok yang sesekali mencuba merokok dengan rokok elektronik kerana ianya boleh menyebabkan terjebak kedalam merokok.. Jauhi rokok dan Asap Rokok..