Pages

Tuesday, 16 October 2012

Pengurus: Laporan Apex Dapat Kontrak RM3j ‘Karut’

Khairul Fahmi Che Mat
PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan khabar angin mengenai tawaran RM3 juta buat penjaga gol The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat bagi menebus kontraknya bersama skuad itu adalah tidak berasas dan “mengarut.”
Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menegaskan, kesemua pemain masih mempunyai kontrak beraksi dengan The Red Warriors setakat ini.
“Kesemua pemain masih mempunyai ikatan dengan Kelantan, begitu juga dengan Apex (Khairul Fahmi).
“Jadi, saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan saya enggan memikirkannya,” kata Azman ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan penjaga gawang Kelantan itu kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan skuad The Red Warriors yang masih berbaki tiga tahun lagi.
Azman menambah: “Semua khabar angin ini murahan semata-mata, ini hanya tawaran atas angin sahaja.”
“Mereka hanya berani war-warkan dalam media massa, tapi tidak berani membuat sebarang hitam putih,” jelas beliau lagi.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah khabar angin ini satu agenda sesetengah orang yang hanya bertujuan untuk menjatuhkan moral pemain, Azman bagaimanapun mengakui dan beliau menegaskan bahawa tidak berminat untuk melayan perkara yang tidak berasas tersebut.
“Ya, ia memang agenda untuk mengganggu tumpuan pemain kita yang akan beraksi dalam final Piala Malaysia Sabtu ini. Saya betul-betul tidak faham mengapa mereka buat perkara sebegini.
“Apa-apa pun, saya tidak mahu memikirkan perkara yang mengarut ini dan tumpuan kami hanya terarah kepada final Piala Malaysia nanti,” katanya lagi.
Dalam aksi final Piala Malaysia 2012, Kelantan akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, 20 Oktober ini

No comments:

Post a Comment