Wednesday, 1 February 2012

Sukarelawan Antarabangsa Politeknik 2012

BERITA PENUH
SUKERELAWAN ANTARABANGSA POLITEKNIK 2012


           
SUKERELAWAN ANTARABANGSA POLITEKNIK 2011            
Politeknik Malaysia mula melebarkan program sukarelawan ke peringkat antarabangsa dengan menganjurkan program “winning heart and mind” ke kemboja. Seramai 30 sukarelawan politeknik terlatih telah dipilih untuk hala tuju Transformasi Politeknik yang bermatlamat untuk membina upaya baharu politeknik bagi membangunkan sumber manusia negara untuk memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi penekanan kepada upaya inovasi dan kreativiti. Kejayaan penganjuran program ini merupakan salah satu pencapaian besar  kepada KPI Jabatan Pengajian Politeknik dalam menganjurkan program di peringkat antarabangsa. Yayasan Briged Sukarelawan Politeknik telah diamanahkan untuk melaksanakan Program Yayasan Sukarelawan Antarabangsa 2011 di Kampung Croi Menteri Kemboja. Program yang telah bermula pada 4 dan 5 hb Disember 2011 bagi memantapkan pasukan sukarelawan dengan mengadakan Bengkel dan Taklimat Pentadbiran Program di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (PSA) serta Majlis Makan Malam dan Pelancaran Program telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Pasukan Sukarelawan telah bertolak ke Kemboja pada 6 hingga 10 hb Disember 2011 seramai 30 orang ahli yang terdiri daripada Politeknik Kota Bharu (PKB) selaku Penganjur Utama, Politeknik Johor Bharu (PJB), Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) serta Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM).
 Sehubungan dengan perkembangan sahsiah pelajar maka  Program CSR Politeknik di bawah Program Sukarelawan Antarabangsa  2011 yang bertemakan Yes Politeknik telah dianjurkan oleh Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  
Alat penapis yang dijemakan sebagai “1 Water for Life” dapat dimanfaatkan oleh hampir  6000 penduduk sekitar yang menggunakan sumber bekalan air daripada Sungai Mekong sejak sekian lama. Sebanyak 3 set penapis air telah berjaya dibina dengan semangat kerja berpasukan. Projek ini mengambil masa selama 3 hari untuk disiapkan bagi memastikan kualiti produk ini berkeadaan baik dan tahan lama. Wakil penduduk telah diberi penerangan khusus untuk penjagaan sistem agar ianya dapat dimanfaatkan secara berterusan. Komuniti setempat menyambut baik hasil usaha ini kerana ini ibarat durian runtuh setelah hasil usaha sukarelawan membuahkan hasil di mana penduduk tidak perlu lagi berulang-alik sejauh 10 km untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian mereka. Selain daripada itu, masalah penyakit kulit yang berpunca daripada air tercemar juga dapat dikurangkan dengan terhasilnya produk 1 water for life ini. Pakar perubatan daripada HUSM juga telah mengesahkan bahawa produk ini bebas daripada bahan kimia kerana ianya menggunakan bahan semulajadi yang telah dibersihkan dan mampu bertahan lama.
  Pasukan daripada Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian turut sama menyumbangkan kepakaran dan khidmat sosial (CSR) dengan mengadakan aktiviti pemeriksaan serta ceramah kesihatan yang dibantu oleh sukarewan POLIMAS kepada penduduk setelah dilanda banjir. Kebanyakan penyakit yang dialami oleh penduduk sekitar adalah berpunca daripada masalah pencemaran udara dan bekalan air bersih. Bagi mengurangkan masalah tersebut, penduduk telah dibekalkan dengan topeng muka serta dinasihatkan agar menutup hidung ketika berada diluar rumah. 
 Di samping itu juga, para sukarelawan telah mendekati pelajar serta komuniti dengan mengadakan kempen kebersihan, kempen pemakanan sihat serta demonstrasi pertolongan cemas peringkat awalan ketika berlakunya bencana. Para sukarelawan dengan bantuan jurubahasa tempatan telah berjaya mendekati pelajar memberi nasihat dan tunjuk ajar amalan kebersihan diri sebelum makan seperti mengamalkan kaedah mencuci tangan, pemilihan makanan yang berzat serta peralatan yang bersih. Selain daripada itu, pelajar juga diberi penerangan mengenai kaedah memberus gigi yang betul. Para sukarelawan ini terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah dalam jurusan Diploma Teknologi Makanan POLISAS.
 Dengan adanya program sebegini para peserta dapat menyelami kehidupan masyarakat disana mengenai cara kehidupan bermasyarakat. Kehidupan masyarakat yang jauh berbeza berbanding dengan Negara Malaysia telah memberi keinsafan dan cabaran kepada peserta untuk memajukan diri serta mensyukuri kebahagian yang dicapai di Malaysia hasil daripada perjuangan pemimpin dulu dan kini. Ini membuktikan bahawa kerajaan pemerintah kini mampu melonjakkan kecemerlangan kepada rakyat dan tanahair menerusi tema 1 Malaysia (rakyat didahulukan pencapaian diutamakan). Seramai hamper 450 pelajar di sekolah rendah dan menengah Kg. Croi Menteri serta Cambodia Islamic College (CIC) telah disumbangkan peralatan alatulis termasuk buku, beg serta pakaian baru untuk memulakan pembelajaran di tahun baharu 2012. Kegembiraan jelas terpancar diwajah pelajar-pelajar ini setelah menerima sumbangan hasil usaha sukarelawan mandapatkan penajaan sebelum bertolak ke negara yang amat memerlukan sumbangan serta bantuan oleh masyarakat Malaysia yang penyayang dan penuh budi pekerti.
 Hasil daripada program ini telah mendapat pujian dan penghargaan daripada HE. Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Kemboja iaitu Dr. Muahsin B. Yusof melalui ucapannya di Majlis Perasmian Program. Program yang luar biasa ini telah memberi kesan yang berpanjangan kepada masyarakat sekitar. Beliau juga mengharapkan agar program seperti ini diteruskan lagi di masa-masa akan datang agar hubungan baik yang terjalin antara 2 negara semakin akrab.
  
Pembangunan Modal Insan yang diberi penekanan oleh Kerajaan dalam menentukan arah tuju pembangunan Negara melalui Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) bukan hanya dilihat sebagai satu saranan untuk mendapatkan ilmu pengetuan sebanyak mungkin tetapi apa yang lebih penting lagi adalah untuk mendidik dan membentuk generasi mahasiswa kepada pembentukan personaliti unggul ataupun towering personality. Keseluruhan ciri dan nilai peribadi unggul seperti berjiwa besar, beretika, kasih sayang, bertolak ansur, bersatu padu, saintifik, dinamik, berinovasi dan sebagainya merupakan intipati bagi menentukan kecemerlangan Negara ke tahap yang Terbilang. Semangat kerjasama dan sikap toleransi sukarelawan jelas terbukti setelah segala perancangan yang rapi berjaya diadaptasikan dalam program ini.


Tarikh: 2012-01-09 00:00:00.0
Disediakan oleh: wan zuhari

No comments:

Post a Comment