Binaan Nabi Ibrahim:
Binaan Nabi Ibrahim a.s merupakan satu-satunya binaan yang disebut di dalam
al-Quran
Meninggikan Asas (Tapak):
1. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah
Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya
Ismail a.s: Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan aku dengan satu perkara, lalu
Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah diperintahkan Allah s.w.t kepada kamu.
Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab:
"Aku akan menolongmu." Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan aku
supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana." sambil mengisyaratkan ke arah
timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Mereka berdua
mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s
mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila
binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawakan hajar ini dan
meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas hajar tersebut
semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu,
di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah s.w.t:Meninggikan Asas (Tapak):
Yang bermaksud: (Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana).
Sehinggalah Allah s.w.t menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua.
2. Tidak terdapat riwayat sahih yang menyatakan Baitullah telahpun dibina sebelum Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s. Sesiapa yang berpegang kepada firman Allah s.w.t : Yang bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Baitullah (untuk membinanya),
ataupun Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu,
Maksud yang dikehendaki pada ayat-ayat tersebut ialah tempat pembinaan Kaabah tersebut telahpun tetap dalam pengetahuan Allah s.w.t semenjak menciptakan langit dan bumi. Ini menunjukkan tempat pembinaan Kaabah itu telahpun dimaklumi, manakala pembinaan Baitullah pula telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim Al-Khalil dan anaknya Nabi Ismail a.s. Khabar-khabar yang menyatakan Baitullah telah dibina sebelum Nabi Ibrahim a.s adalah diriwayatkan daripada Bani Israel, kita tidak boleh membenarkannya dan mendustakannya, hanya Allah s.w.t sahaja Yang Maha Mengetahui.
3. Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah tersebut beliau menjadikan:
* Tingginya sembilan hasta.
* Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
* Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
* Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
* Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad 20 hasta.
Beliau membina pintu rapat ke bumi, tidak ditinggikan atau dibuat pintu
secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Himyari telah membina sebuah pintu dan
meninggikannya.
Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah binaan yang
sempurna, mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir
pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk
separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada
pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah
100 tahun, hanya Allah s.w.t sahaja Yang Amat Mengetahui.
Binaan Malaikat:
Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.
Malaikat bertanya: (Wahai Tuhan kami,) Adakah Engkau ingin menjadikan khalifah selain daripada kami yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, dengki mendengki dan benci membenci? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu. Mentaati Engkau dan tidak memaksiati Engkau.
Allah s.w.t berfirman: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Malaikat menyangka Tuhan mereka menolak pertanyaan tersebut. Sesungguhnya Allah s.w.t membenci mereka disebabkan kata-kata mereka. Mereka berlindung di bawah Arasy dengan mengangkat kepala dan mengisyaratkan dengan jari memohon sesuatu serta menangis kerana takutkan kebencianNya.
Mereka Tawaf mengelilingi Arasy sangat lama. Allah s.w.t memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah s.w.t membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitulma'mur. Allah s.w.t memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitulma'mur dan tinggalkan Arasy. Para Malaikat telah melakukan tawaf di Baitulma'mur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai tujuh puluh ribu malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan para Malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka: "Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya." Allah s.w.t memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Baitullah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitulma'mur.
Binaan Nabi Adam a.s:
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t
telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam a.s serta Hawa membawa firman kepada
keduanya: "Binalah untukKu sebuah rumah."
Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam a.s menggali
tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari
bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata: "Cukuplah wahai
Adam!" Setelah selesai membinanya, Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau
supaya tawaf mengelilinginya dan dikatakan kepada beliau:
"Engkau adalah manusia pertama." Inilah
rumah pertama yang dibina sehinggalah setelah beberapa kurun, Nabi Ibrahim a.s
telah meninggikan tapak Kaabah tersebut. Orang pertama yang mengasaskan Kaabah
kemudian menunaikan sembahyang serta tawaf mengelilinginya ialah Nabi Adam a.s.Binaan Malaikat:
Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.
Malaikat bertanya: (Wahai Tuhan kami,) Adakah Engkau ingin menjadikan khalifah selain daripada kami yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, dengki mendengki dan benci membenci? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu. Mentaati Engkau dan tidak memaksiati Engkau.
Allah s.w.t berfirman: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Malaikat menyangka Tuhan mereka menolak pertanyaan tersebut. Sesungguhnya Allah s.w.t membenci mereka disebabkan kata-kata mereka. Mereka berlindung di bawah Arasy dengan mengangkat kepala dan mengisyaratkan dengan jari memohon sesuatu serta menangis kerana takutkan kebencianNya.
Mereka Tawaf mengelilingi Arasy sangat lama. Allah s.w.t memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah s.w.t membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitulma'mur. Allah s.w.t memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitulma'mur dan tinggalkan Arasy. Para Malaikat telah melakukan tawaf di Baitulma'mur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai tujuh puluh ribu malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan para Malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka: "Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya." Allah s.w.t memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Baitullah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitulma'mur.
Binaan Nabi Adam a.s:
Binaan Syith:
Setelah Nabi Adam a.s wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah Syith a.s. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh a.s. Kawasan tersebut ditenggelami air dan tidak dapat dikesani. Mengikut sesetengah israiliat (tokok tambah) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Wahab bin Munabbih bahawa Nabi Adam a.s telah membina khemah pada Kaabah. Apabila beliau wafat, khemah tersebut telah diangkat oleh Allah s.w.t. Anak-anaknyalah yang membuat pembinaan pertama terhadap Kaabah.
* Ketiga-tiga pendapat yang lepas iaitu binaan para Malaikat, binaan Nabi Adam a.s atau binaan Syith a.s tidak mempunyai dalil yang jelas. Kami dapati ketiga-tiga pendapat tersebut terbukti kedhaifannya. Para ulama telah bersepakat bahawa orang pertama yang membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim a.s.
Binaan Al-Umaliqah:
Kaabah telah runtuh setelah beberapa tahun Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s membinanya, lalu ia dibina semula oleh Kabilah Al-Umaliqah.
* Tidak terdapat huraian secara terperinci dalam kebanyakan sumber-sumber rujukan tentang pembinaan ini.
Binaan Jurhum:
Setelah beberapa tahun selepas Al-Umaliqah siap membinanya, Kaabah telah dilimpahi air banjir dari sebelah atas Kota Mekah menyebabkan dindingnya pecah tetapi masih belum runtuh. Jurhum telah memperbaiki segala kerosakan tersebut dan membina benteng untuk menghalang banjir daripada memasuki Kaabah. Di dalam riwayat yang lain, Kaabah telah runtuh akibat banjir tersebut. Jurhum membinanya semula di atas tapak binaan Nabi Ibrahim a.s serta membina sebuah pintu yang mempunyai dua daun dan satu pengunci.
Binaan Qusai bin Kilab:
Orang pertama yang memperbaharui binaan Kaabah daripada golongan Quraisy selepas Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s ialah Qusai bin Kilab. Beliau membina atap dengan menggunakan kayu Dum dan pelepah tamar. Al-A'sya membaca syair berikut dengan irama iaitu salah satu daripada irama syair Arab.
.
Binaan Quraisy:
1. Ketika Rasulullah s.a.w telah cukup umur (baligh), dikatakan juga ketika umur baginda dua puluh lima tahun, seorang wanita telah melontar Kaabah. Bunga api yang keluar hasil dari lontaran tersebut terkena pada kelambu Kaabah lalu terbakar. Kebakaran tersebut telah menyebabkan kemusnahan pada Kaabah lalu orang-orang Quraisy membinanya semula. Apabila tiba waktu untuk meletakkan Hajarulaswad, mereka mula bertengkar dan berselisih pendapat tentang kabilah manakah patut mengangkatnya. Mereka berkata: "Kemarilah kamu semua! Kita akan melantik orang yang mula-mula datang kepada kita melalui pintu Bani Syaibah sebagai hakim." Setelah beberapa ketika menunggu, ternyata Rasulullah s.a.w adalah orang pertama masuk melalui pintu tersebut lalu mereka meminta baginda s.a.w. menjadi hakim. Baginda s.a.w. memerintahkan agar mereka membentangkan sehelai kain lalu baginda s.a.w. sendiri meletakkan Hajarulaswad tersebut di tengah-tengah bentangan kain serta memerintahkan agar setiap orang memegang hujung-hujung kain tersebut. Dikatakan juga: "Mereka mengemukakan ketua kabilah masing-masing agar memegang hujung kain tersebut lalu mengangkatnya." Kemudian sekali lagi Rasulullah s.a.w mengambil Hajarulaswad tersebut lalu meletak di tempatnya. Orang Quraisy mendirikan enam batang tiang di dalam Kaabah.
2. Orang-orang Quraisy meninggikan pintu Kaabah berdasarkan kepada cadangan Abu Huzaifah bin Al-Mughirah, sebagaimana katanya: "Wahai kaum! Tinggikan pintu Kaabah agar ia hanya boleh dimasuki dengan menggunakan tangga sahaja. Kaabah tidak boleh dimasuki melalui tangga tersebut kecuali seseorang yang kamu benarkan sahaja. Jika seseorang yang kamu benci datang, buanglah tangga tersebut agar mereka terjatuh. Semoga peristiwa itu menjadi pengajaran kepada sesiapa yang melihatnya." Berdasarkan kepada cadangan inilah orang-orang Quraisy terus melakukannya. Mereka juga menambahkan ketinggian Kaabah dari sembilan hasta kepada lapan belas hasta. Mereka memendekkannya sebanyak enam hasta di arah utara dari tapak asas binaan Nabi Ibrahim a.s kerana pembiayaan yang halal yang mereka miliki tidak mencukupi untuk mereka menyempurnakannya.
Binaan Abdullah Bin Az-Zubair:
1. Kebakaran Kaabah pada zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyah merupakan kebakaran yang agak besar pernah berlaku. Abdullah bin Az-Zubair telah membiarkan keadaan Kaabah yang terbakar itu sehingga tiba musim Haji dimana ramai yang berkunjung untuk mengerjakan Haji. Apabila mereka semakin ramai, beliau berkata: "Wahai umat Islam! Tunjukkanlah kepadaku cara memperbaiki Kaabah, sama ada meruntuh, membinanya semula ataupun memperbaiki kerosakannya sahaja." Ibnu Abbas berkata: "Pada pendapatku kamu perbaiki kerosakannya sahaja. Biarkan binaan asal Baitullah dan batu-batu binaan asalnya kerana di situlah orang ramai memeluk Islam serta Rasulullah s.a.w diutuskan." Ibnu Az-Zubair berkata: "Sekiranya rumah salah seorang di antara kamu terbakar, tentu dia tidak redha sebelum memperbaharuinya. Bagaimana pula dengan rumah Tuhan kamu? Sesungguhnya aku akan memohon kebaikan (beristikharah) daripada Tuhanku sebanyak tiga kali kemudian barulah melakukan urusanku."
2. | Selepas tiga kali beristikharah, mereka telah sepakat untuk meruntuhkannya. Ketika hendak memulakannya, orang ramai merasa bimbang kalau-kalau orang pertama yang memulakan kerja tersebut akan di timpa bala dari langit. Kemudian seorang lelaki naik ke atas bumbung Kaabah lalu mencampakkan batu-bata runtuhan. Apabila orang ramai melihat lelaki tersebut tidak di timpa bala, mereka terus ikut melakukannya. Mereka membuang kesemua batu-bata sehingga menyamai tanah. Ibnu Az-Zubair membina beberapa batang tiang dan membina dinding di sekeliling tiang tersebut sehingga siap terdiri sebuah binaan. Kemudian mereka melakukan tawaf mengelilingi binaan Kaabah tersebut. Tiada seorangpun yang ketinggalan dari melakukannya. |
3. | Ibnu Az-Zubair berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Saidatina Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Seandainya kaummu (orang ramai) telah lama meninggalkan masa jahiliah (dengan kekufuran) dan seandainya aku mempunyai harta untuk membiayai penambahan bangunan Baitullah tentu aku akan memasukkan kawasan Hijir Ismail itu selaras dengan Kaabah sebanyak lima hasta, kemudian aku akan membuat pintu masuk dan pintu keluar daripadanya." Ibnu Az-Zubair berkata: "Pada hari ini, aku telah mendapat kos pembinaannya dan tidak perlu bimbang keadaan orang ramai." |
4. | Setelah Ibnu Az-Zubair meruntuhkan Kaabah dan meratakannya sehingga menyamai bumi, beliau mencari asas Nabi Ibrahim a.s. Beliau menemui tapak asas tersebut berada lebih sedikit daripada enam hasta ke arah Hijir. Batu asas tersebut seolah-olah leher unta iaitu batu yang berwarna merah yang bertaut antara satu sama lain seperti genggaman jari-jari. |
5. | Ketika sedang menggali asas binaan Nabi Ibrahim a.s, beliau menemui sebuah kubur lalu berkata: "Ini adalah kubur ibu Nabi Ismail a.s (Siti Hajar)." Seramai lima puluh orang lelaki berserta dengan para pembesar mereka menyaksikan peristiwa tersebut. |
6. | Abdullah bin Muti' Al-Adawi telah memasukkan besi penuas yang berada di tangannya pada salah satu penjuru Kaabah lalu setiap penjuru Kaabah bergerak sedikit demi sedikit. Tanpa diduga tepi Kaabah telah runtuh menyebabkan seluruh Kota Mekah bergegar dengan kuat. Gegaran itu telah menakutkan mereka. Ibnu Az-Zubir berkata: "Saksikanlah!" Kemudian beliau membina binaan tersebut di atas asas Nabi Ibrahim a.s. Beliau juga membina dua buah pintu dari atas tanah, kedua-dua pintu tersebut berhadapan antara satu sama lain. |
7. | Ibnu Az-Zubair menambah ketinggian Kaabah sembilan hasta, menjadikan ketinggiannya setinggi dua puluh tujuh hasta. |
8. | Beliau menjadikan lebar dinding Kaabah dua hasta. |
9. | Beliau membina tiga batang tiang di dalam Kaabah menggantikan enam batang tiang yang dibina oleh orang-orang Quraisy. |
10. | Beliau mengambil batu marmar dari San'aa dan meletakkannya di bahagian atas untuk menguatkan pancaran cahaya. |
11. | Beliau membina pintunya yang terdiri dari dua daun pintu manakala panjang keduanya adalah sebelas hasta. |
12. | Beliau juga membina tangga kayu untuk naik ke atas Kaabah. |
13. | Setelah Ibnu Az-Zubair selesai membinanya, beliau menyapu bahagian dalam dan luar Kaabah dengan wangi-wangian, za'faran dan memasang kelambu. |
14. | Ibnu Az-Zubair mengeluarkan seratus ekor unta atau lembu lalu tawaf di sekeliling Kaabah dan melambai di setiap penjurunya. |
1. Apabila Al-Hajjaj bin Yusuf memasuki Kota Mekah selepas pembunuhan Abdullah bin Az-Zubair, beliau terus menulis surat kepada Abdul Malik bin Marwan menyatakan setiap perkara yang telah Ibnu Az-Zubair lakukan. Abdul Malik bin Marwan menjawab surat tersebut dengan katanya: "Runtuhkanlah apa yang telah ditambah pada Hijir dan kembalikan ke asalnya serta tutuplah pintu yang dibuka di sebelah barat, kemudian biarkan bahagian-bahagian yang lain begitu sahaja."
2. Al-Hajjaj telah merobohkan dinding di Hijir dan membina kembali di tempat asalnya yang pertama kemudian memasukkan ruang ini ke dalam Hijir.
3. Membuang tangga kayu yang diletakkan oleh Ibnu Az-Zubair di dalam Kaabah.
4. Mengurangkan ketinggian pintu Kaabah sebanyak lima hasta.
5. Menutup pintu Kaabah di sebelah barat dan mengekalkan pintu yang lama pada kedudukan asalnya.
Binaan Sultan Murad Khan:
1. Kota Mekah telah dilanda hujan lebat bermula pada hari Rabu 19 Syaaban tahun 1039 H yang mengakibatkan banjir besar mengalir masuk ke dalam Masjidil Haram serta memenuhi hampir keseluruhan kawasannya. Pada hari Khamis, dinding di sebelah Syam dan sebahagian dinding-dinding di sebelah timur dan barat telah runtuh. Hujan yang masih lagi berterusan sangat membimbangkan orang ramai.
2. Orang-orang Islam diperintahkan bersiap-sedia untuk membina Kaabah sebagaimana keadaan sebelumnya. Kerja-kerja pembinaan Kaabah diteruskan atas perintah Sultan Murad Khan. Dengan limpahan kurnia Allah s.w.t, kerja-kerja tersebut siap pada 2 Zulhijah, tahun 1040 Hijrah. Pembinaan tersebut memakan masa enam bulan setengah.
3. Inilah binaan Kaabah yang terakhir dan masih kekal hingga ke hari ini. Projek-projek pembesaran terus dijalankan pada masa pemerintahan Kerajaan Arab Saudi seperti yang kita akan dapat lihat dalam tajuk peluasan al-Haram.
No comments:
Post a Comment