KOTA
BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 21 Oktober ini sebagai
cuti peristiwa atas kejayaan The Red Warriors mara ke perlawanan akhir
Piala Malaysia musim ini.
Perkara ini
diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan
dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di kediaman
rasmi Menteri Besar, JKR10 di sini, hari ini.
“Setelah mendapat persetujuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka kerajaan negeri bersetuju memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan.
“Setelah mendapat persetujuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka kerajaan negeri bersetuju memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan.
“Kita
mahu penyokong setia Kelantan pergi dan pulang tidak dalam keadaan
tergesa-gesa. Insya-ALLAH, semoga Kelantan dapat membawa pulang Piala
Malaysia ke negeri ini sekali lagi,” katanya.
Final Piala Malaysia Sabtu ini menyaksikan pertemuan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
No comments:
Post a Comment