Sunday 7 October 2012

Politeknik Kota Bharu :Kajian Penyelidikan Esolms oleh penyelidik UPSI




           
Kajian Penyelidikan Esolms oleh penyelidik UPSI             JKM telah dikunjungi oleh dua orang penyelidik warga Aceh dari Universiti Perguruan Sultan Idris selama 2 hari (30 September dan 1 Oktober 2012) untuk melaksanakan penyelidikan tentang Keberkesanan penggunaan ESOLMS oleh pelajar dan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.  Esolms bermaksud  Student Oriented Learning Management System (SOLMS) yang merupakan satu sistem pengantaramukaan secara “atas talian” yang direkabentuk dan dibangunkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Ia mula digunapakai semenjak tahun 2007 sehingga kini oleh Jabatan Kej. Mekanikal PKB demi meningkatkan mutu pengurusan projek pelajar J5012 secara online. Semasa program berlangsung, seramai  hampir 20 orang staf JKM mengambil bahagian untuk mengisi borang penyelidikan serta cuba mengutarakan pelbagai isu yang banyak memberi nilai tambah kepada keberkesanan kepada system amnya dan pengguna khususnya.

No comments:

Post a Comment