Tidak diketahui negeri lain yang mempunyai banyak nama selain dari Mekah dan Madinah, ini disebabkan kedua-duanya merupakan tempat yang paling mulia. Di antara nama-nama bagi negeri Mekah Mukarramah ialah:-
Balad: | Firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: "Aku bersumpah dengan negeri (Mekah)
ini, sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).
|
Baladul Amin: |
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Serta negeri (Mekah) yang aman
ini." Khuzaimah bin Thabit bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai ayat tersebut lalu Baginda s.a.w. menjawab: "Mekah." |
Baldah: | Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "(Katakanlah wahai Muhammad) Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah) ini." |
Bakkah: |
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang
mula-mula dibina untuk manusia (untuk beribadat kepada Tuhannya) ialah
Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi
umat manusia." |
Mekah: |
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud:
"Di
kawasan Mekah, sesudah Dia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka." Ada pendapat yang mengatakan bahawa Bakkah adalah tempat terletaknya Baitullah, Mekah dan kawasan persekitarannya. |
Qaryah: |
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan (berhubung dengan hal kaum
yang kufur ingkar) Allah memberi satu contoh sebuah negeri." |
Mujahid berkata: Maksudnya ialah Mekah. |
|
Masjidilharam: | Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidilaqsa (di Palestine)". |
Ma'aad: |
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah yang
mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad)
sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan
cintai." |
Ummul Qura: |
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Supaya engkau memberi
peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul Qura" dan sekalian penduduk
dunia di sekelilingnya." |
Makhraja Sidqin: |
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan pohonkanlah (wahai
Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan
ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku
daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah
kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku." |
Bassah: | Kerana ia membinasakan golongan ateis yang terdapat di dalamnya iaitu menghancurkan dan memusnahkannya. |
Basaq: | Iaitu si polan itu lebih tinggi daripada sahabat-sahabatnya. Mekah merupakan negeri yang berkedudukan paling tinggi kerana ia membinasakan golongan ateis. |
Nama-nama tambahan: | Barrah - Ar-Raks - Ar-Ritaj - Sabuhah - Salam - Salah - Tibah - Al-Azra' - Al-Arsyu - Al-Arisy - Al-Arudh - Faran - Al-Muqaddasah - Al-Qadis - Qarbatul Hima - Qarbatul Naml - Tukratul Ghurab - Kutha - Al-Makkatan - Nadir - Al-Wadi - Ummu Rahim - Ummu Ruhm - Ummu Ar-Ruhm - Ummul Rahamat - Ummu Rauh - Ummu Zuhm - Ummu Sabih - Ummu Kutha. |
An-Nasah-An-Nasyah: | Kerana ia mengeluarkan zionis yang berada di dalamnya, iaitu mengusirnya. |
An-Nassasah: | Kerana airnya berkurangan disebabkan terkeluar iaitu kekeringan. |
No comments:
Post a Comment