Sunday, 14 October 2012
Sukan 2012 : Gahaddar selamatkan Kelantan
Walaupun terikat 2-2 di Stadium Sultan Muhammad IV pada saingan suku akhir kedua, pasukan The Red Warriors tetap berjaya menempah tiket ke separuh akhir dengan kemenangan agregat 4-3 ke atas Felda United.
Pada minit ke-29, Kelantan hampir mendahului perlawanan namun, percubaan oleh Badhri Radzi gagal dilaksanakan dengan baik apabila melepasi tiang gol.
Felda United yang mengasak bertubi-tubi berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi pada minit ke-42 hasil jaringan pemain import, Mickael Curier.
Peluang terbaik Kelantan hadir pada minit ke-48 perlawanan menerusi tandukan Badhri yang tersasar serta diselamatkan Hamsani di gawangnya.
Pada minit ke-53 Faderin Kadir menyumbat masuk gol kedua Felda United dan memberikan pendahuluan 2-0 ke atas Kelantan.
Keghairahan Kelantan memburu gol penyamaan bagaimanapun terhasil apabila Norfarhan Muhammad mencetus gerakan menarik sekali gus menewaskan penjaga gol Felda pada minit ke-72.
Terlalu awal bagi Felda United untuk meraikan kejayaan walaupun telah mendahului 2-1 apabila kelekaan benteng pertahanan mereka membenarkan Mohamad Ghaddar menjaringkan gol penyamaan pada saat-saat terakhir perlawanan.
Keputusan agregat 4-3 yang berpihak kepada Kelantan telah membawa mereka ke separuh akhir Piala Malaysia yang juga mencerahkan lagi harapan pasukan pantai timur itu untuk menjulang treble tahun ini.
Kelantan dijadualkan bertemu Selangor pada 6 Oktober ini pada saingan separuh akhir pertama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment