KOTA
BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul
Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran
RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi
menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.
Sekiranya
khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih
dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan
termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima
bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.
Khabar
angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet
terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat
pasukan Johor.
Ketika diminta
komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun
mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.
“Saya
perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya
tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,”
katanya
No comments:
Post a Comment